ZALORA MALAYSIA : Tudung Terbaru

HELLO WORLD .

Entri hari ni special buat pembaca di blog Ika . Nak tau tak kenapa ?  Jom baca sampai habis . Jangan MISS satu word pun tau . hahhahah .
Sape pernah beli barang dekat ZALORA ? TAK PERNAH ??? aiyooo rugi tauuu .  Yang tak pernah tu , jangan segan-ii nak beli pakaian dekat zalora . Ika pun selalu beli online je . Tambah-ii plak time ada event , tak sempat nak keluar cari baju yang sesuai . hhuhuu .  ZALORA antara online shopping yang selalu ika belii . Senang , cepat dan mudah . Haippp . Jangan berhenti duluu . Baca lagi bawah ni .


Pemakaian tudung bagi wanita Muslim adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang mewajibkan wanita menutup aurat. Sejak dahulu lagi terdapat pelbagai jenis tudung yang dipakai oleh mereka di Malaysia. Namun terdapat rekaan tudung terbaru yang lebih moden dan sesuai dengan trend fesyen terbaru. Kemunculan kelompok hijabista yang mementingkan fesyen dalam penampilan mereka memainkan peranan yang amat penting akan peningkatan nilai pasaran tudung di Malaysia.

Selain itu, pereka-pereka fesyen tempatan yang peka dengan keperluan kelompok ini juga berani memberikan sentuhan menarik mereka dalam memodenkan rekaan tudung. Penambahan dalam jumlah butik fesyen Muslimah online dan online shopping website yang lain juga menyumbang kepada popularity pakaian tradisional wanita online.

Mereka menawarkan koleksi trendy scarves online dengan pelbagai warna dan rekaan untuk anda. Mengambil keperluan untuk tampil anggun dan moden, cuba tambahkan aksesori dalam stail anda. Namun harus diingat ada pepatah mengatakan ‘less is more’, adalah lebih baik untuk meminimakannya agar tidak terlalu nampak ‘berat’ dan ‘disturbing’.


Kepelbagaian rekaan hijab terkini ini membuka ruang buat penggemar fesyen untuk bergaya dengan apa yang ditawarkan dalam pasaran sekarang. Pilih tudung yang sesuai dan padankan bersama dengan Muslimah top atau blouse Muslimah untuk kelihatan anggun. Bagi kelihatan lebih chic dan stylish gayakan bersama handbag atau clutch serta sepasang women high heels.


Mahu tips ataupun tutorial cara pakai selendang? Cuba padankan shawl ringkas dengan printed blouse atau baju kurung moden dengan selendang bercorak bunga-bungaan. Dapatkan juga yang bercorak tribal, geometrical atau urban secara atas talian di butik tudung online. Dengan adanya tudung print yang berbeza adalah lebih mudah untuk anda menggayakannya mengikut gaya personaliti anda sendiri. Anda boleh belajar cara pakai shawl di internet ataupun Google sahaja hijab tutorial cara memakai selendang!


Jangan baca je , jemput la ke website ZALORA MALAYSIA cuci mata sikit . Bekenan ? jangan tunggu lama-ii . beli terus . Nanti nangis tak berlagu plak kalau stock dah habis . Stay tuned dengan entri seterusnya :)


2 comments:

Diya Hanun said...

Sy selalu bli beg dgn kasut je dkat zlora..hehe..stakat ni belum pernah beli tudung dkat sini

Dingdang said...

CF belum pernah lagi shopping tudung di zalora.
nanti boleh try cuci mata..