Tanda seseorang itu sdg berbohong


haaa . mesti korang pernah ditipu kan . acecehh , macam la eka neh xpernah kena tipu . haha , okeh ! kat bawah tuu . ade beberapa tanda yang boleh korang tau sama ada Si dia tipu or not ! 




1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung!



2) Menutup mulut


Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.



3) Gagap


Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.



4) Pergerakan mata


Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.



5) Melengah-lengahkan jawapan


Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.



6) Resah


Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.



7) Iris Mengecil


Tahu tak iris tu apa? Iris tu benda kecil warna hitam yang ada di tengah tengah mata hitam manusia. Kalau anda nak tahu, orang yang sedang menipu irisnya akan mengecil kerana dia memaksa mata dia untuk pandang tepat ke arah kita. Orang yg menipu dia takboleh buat eye contact. Percayalah.



Try la tengok Si dia tuu . mane lah tau korang ditipu hidup-hidup . haha ~


Love to : you

1 comment:

Unknown said...

Rajinnya Kak Eka bagi tips yg bermanfaat. Semoga berjaya dunia akhirat