LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS WANITA


Assalamualaikum.
dihari  mulia ini , hari jumaat kann . so, eka nak kongsikan tentang peranan lelaki terhadap wanita . eh, bukan peranan tapii tanggungjawab ! alahhh , nak sama la tuuu . boleh je yang mana punn .  nak tau ape tanggungjawab Si Lelaki nehh . sama-sama lahh kita baca yerr . sebelumm tuu , bacalah bismillah . * nak dapat berkat lah katekann . acehhhh ~


Lima lelaki yang bertanggungjawab atas wanita :

Ayah

Seorang ayah perlu memastikan didikan agama anaknya sempurna. Jika anaknya melakukan kesalahan, membuat perkara kemungkaran, mendedahkan aurat dan sebagainya, maka ayahlah insan pertama yang wajib menegurnya.

Suami

Isteri adalah aset utama suami menuju ke syurga. Setiap tindak tanduk isteri memberi kesan kepada perjalanan kepada perjalanan hidup suami di dunia dan akhirat. Maka suami perlu membetulkan segala kesalahan isteri dengan nasihat dan teguran.

Saudara Lelaki

Apabila ayah ataupun suami sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita berpindah ke bahu saudara-saudaranya yang lelaki. Mereka perlu memberikan perhatian kepada saudara-saudara perempuan mereka, disamping keluarga sendiri.

Anak lelaki

Seorang anak lelaki wajib wajib menjaga maruah dan agama ibunya. Nafkah serta kesihatan ibu juga perlu diambil peduli. Membimbing ibu ke jalan yang diredhai adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Lelaki disekeliling wanita

Sesiapa pun lelaki disekeliling wanita bukanlah isu. Tanggungjawab ubtuk menjaga mereka adalah tanggungjawab bersama. Wanita terjaga pasti ummah terpelihara.


Besar tanggungjawab lelaki-lelaki di luar sana menjaga wanita. Bukannya membiarkan wanita terus melakukan larangan Allah. Takut nanti Allah tanya lelaki-lelaki, Apakah yang sudah kamu lakukan untuk menjaga wanita amanah kamu?

Sumber : Buku Wanita Dambaan Syurga : Bimbingan Lengkap Fikah Wanita, Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi
copy paste  : tapi lupa dari mane :)


1 comment:

Karimah Zulkafali said...

Awesome entry :) Thanks for the sharing ^_^