Assalamualaikum !
jawab . jangan tak jawab
kali ni aku bagi salam .. haha
sudah berubah . dulu baik sekarang lagi baik
nak tahu tak ape tips nye !
ish . sabar ( sabar kan separuh daripada iman )
ok . jom jelajah tips yang ada dekat bawah ni .
1 : JANGAN BERLAPAR
Ini bermaksud . bila anda menahan lapar . anda akan mengambil sesuatu makanan dalam kuantiti yang banyak .
anda mahu ?
jadi makanlah tapi dengan kuantiti sedikit . yea !
2 : MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Tahukah anda bahawa air dapat mengurangkan selera makan !
Sebelum anda makan makanan yang berat , cuba anda minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
3 : AMBIL SARAPAN PAGI
Dengan pengambilan sarapan pagi , anda juga boleh menurunkan berat badan .
Sarapan dapat menstabilkan paras gula di dalam darah .
So , bangun awal untuk mengambil sarapan .
4 : AMALKAN AIR LIMAU NIPIS ATAUPUN JUS OREN
Minuman yang masam dapat menggalakkan pembakaran lemak .
Jadi , sering - sering minum minuman yang masam yea !
5 : BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Buah serta sayur adalah sumber terbaik untuk vitamin , mineral , serat dan kandungan lemak yang rendah.
6 : PENGAMBILAN MAKANAN YANG BEREMPAH
Rempah seperti cili dapat membakar kalori . Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, tetapi ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
7 : AMALKAN BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran banyak mengandungi karbohidrat , protein , vitamin , mineral dan sedikit lemak.
8 : GUNAKAN PINGGAN YANG KECIL
Ambil sayuran dahulu , kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk .
Jangan makan sambil menonton tv .
Nanti banyak pula nasi yang akan ditambah .
Ops .
Nasi tak boleh , hanya sayur dibenarkan . hehe
9 : AMALKAN BERJALAN SELEPAS MAKAN
Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna , apa lagi ketika anda menaiki tangga .
10 : AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANGSING
- Jalan cepat .
- Bersenam sangat baik untuk otot dan sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dengan perlahan dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
semoga tips di atas berguna yea !
No comments:
Post a Comment