Ada tak kaki friendster kat sini ? Kite geng . hiuhiu .. Dulu masa kecik² suka sangat main friendster ni . , tambah pulak ramai kawan media sosial dari negara² lain . Actually entri asal dari Izyan , since friendster pernah hadir dalam kehidupan remaja ika so ika mohon copy dari Izyan .
Friendster adalah pelopor social networking dengan dilancarkan pada Mac 2002 berasal dari gabungan Friends + Napster. Pada 2003 Friendster terus berkembang dan di Malaysia pada 2004 Friendster mendapat smbutan hangat. Friendster menjadi social media pertama yg mencecah komuniti sejuta meskipun social media seperti Myspace pada 2004 dikatakan lebih banyak page view.
Pada 2003, google nak membeli Friendster dengan harga pembukaan $30 juta namun friendster menolak terus kerana mahu pengguna mereka lebih kekal privacy berbanding google yg tak cukup telus dalam isu menjaga privasi. Dasar friendster ini telah ditiru blackberry yg benar benar tegas dalam isu pemilikan persendirian / private. Sebab tu banyak negara dan agensi kerajaan menggunakan blackberry untuk tugasan rasmi. Namun ia dianggap salah satu kesilapan terbesar friendster yg mungkin boleh mendapat harga 2 kali ganda jika negotiation diteruskan.
Namun dengan perkembangan Facebook pada 2004, google tidak ada minat lagi nak membida Friendster selepas reputasi facebook yg dianalisis oleh pakar google sebagai akan menjadi fenomena.
Pada 2005 Friendster dikatakan telah berkurangan pengaruh di USA. Dan pada 2006, boleh dikatakan Friendster telah 'mati' di USA. Produk Kanada ini bagaimanapun masih digunakan meluas di Asia terutama Asia Tenggara pada 2006.
Pada era friendster dulu , adalah zaman remaja mula berjinak jinak dengan dunia mencari hostpot dan budaya starbuck mula berkembang sebab masa tu mana ada mamak Dan kedai Tomyam berwifi. Di universiti atau kolej, para student akan berkumpul ramai ramai di hostpot area dan layan friendster sambil belajar dan buat assignment.
Pelajar Universiti dan kolej antara golongan yg menjadi addict kepada friendster. Di Malaysia, remaja akan menghabiskan masa di cyber cafe hanya kerana Friendster dan Myspace. Dengan feature yg lebih personalize seperti plug in media player seperti dengar lagu dan penukaran layout, friendster sangat disenangi dan boleh customize.
Masa ni , tak ada status dan komen yg terlalu merapu sebab user adalah sedikit dan masa berfriendster amat terhad. Jarang remaja yg ada kemampuan membeli gadget dan hanheld devices seperti sekarang. Cuma dibawah 5% budak 10 tahun ada friendster dan ini menyebabkan kes komen tak matang sedikit. Cuma sedikit pak cik mak cik yg ada friendster. Komuniti social media zaman Friendster ada kelas tersendiri. Cuma gambar terbaik yg diupload kerana ia bukan lah few second work macam sekarang. Dulu sedikit saja yg ada handheld yg boleh direct ke friendster. Machine utama adalah laptop atau PC. Jadi kerja upload gambar adalah dari hanphone transfer ke laptop menerusi memory card reader 15 hengget. Atau masuk pendrive dan upload di CC atau laptop member.
Kita boleh view sapa yg usha profile kita.
Pada 2007 , Facebook mula mendominasi Malaysia dan dan pada 2008 ramai rakan sebaya mulai mempengaruhi kita untuk beralih ke fb. Namun sebagai pengguna tegar Friendster kita akan cakap, tak nak la FB, susah, friendster lagi best ramai member. Pada 2008 baru kita semakin menerima pelawaan bertukar ke fb dan friendster kita semakin sunyi dan paling bosan bila orang yg kita selalu usha pun dan berfb. Lepak dimeja , geng fb mulai mencari downline dengan testimoni beramai ramai. Pada 2010, friendster merosot teruk penggunaan di dunia termasuk Malaysia. Pengguna friendster memang ramai masih di Asia Tenggara masa tu.
Statistik
2009 - 11+ juta users
2010 - 8.2 juta users
Satu angka mendadak dan kesan daripada semakin ramai ke fb, kita kehilangan komuniti di friendster dan pada 2010 juga friendster hampir mati di Malaysia. FB berterusan mengupdate feature dan intergrasi dengan apps lain dan friendster gagal bersaing
Pada 2011, usahawan Malaysia, Vincent Tan (MOL) telah membeli Friendster dengan nilai sekitar $26 juta untuk menjadi media sosial kepada gamers. Vincent Tan team mengumumkan akan menukar Friendster kepada komuniti gaming daripada yg sedia ada. Mereka menyatakan, mereka tak mahu menyaingi fb tetapi mahu melengkapkan FB.
Pada 2011 Friendster telah mendelete semua gambar dan profile ditukar kepada avatar tertentu. Ramai yang tak alert dan tak tahu seta kecewa dengan tindakan friendster yang tak berusaha mencari alternatif memulangkan gambar ke email atau notis hebahan yg lebih baik. Jadi pengguna friendster still boleh log in menggunakan username dan password lama tetapi sangat kecewa bila profile menjadi kartun. Pada 14 June 2015, friendster lenyap terus. Bersemadilah sebuah kuasa media sosial pada 2011. Tq friendster sebab menjadi sebahagian daripada zaman remaja kami. Dan saya tetap tak leh lupa bila kebanyakkan friendlist adalah dari filipina.Sampai tak faham setiap kali berchat dengan orang asing hihi..Mula dari situ boleh berjinak-jinak cuba slow talk menggunakan bahasa omputeh haha..
** sapa baca habis confirm kaki friendster.
No comments:
Post a Comment