Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga,
banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula
untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah,
timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam
mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan
rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas
dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan
saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai
kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh
kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita
akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku
apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan
dikeluarkan, manakala yang
berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali
kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif
dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan
sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita
bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan
lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan
Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab
itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih
kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di
sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang
banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan
pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti- aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu
lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu
sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran
professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu
tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati
terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat
Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal
agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan
serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini
mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag
tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa
kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
No comments:
Post a Comment